Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad hadir ke ibu pejabat SPRM sebentar
tadi bagi memberi keterangan berkenaan siasatan dakwaan pindaan Laporan Akhir
Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dzulkifli,50, tiba di ibu pejabat SPRM di sini pada pukul
10.25 pagi dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan X-Trail
berwarna hitam, lapor Kosmo! Online.
Loading...
Beliau yang hadir memakai baju sut lengkap berwarna hitam
sempat melambai kepada petugas media sebelum memasuki bangunan SPRM.
Beliau merupakan antara individu pertama mengetuai siasatan
skandal 1MDB dan SRC International yang menjadi saksi utama selepas pihak SPRM
meneliti dokumen asal laporan akhir Audit 1MDB untuk dibandingkan dengan draf
akhir yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara.
Terdahulu, media melaporkan Dzulkifli merupakan antara
sekurang-kurangnya empat individu yang bakal dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira
Wang Negara (PAC) bagi dakwaan sama.
Pada 14 Mei lalu, Dzulkifli melepaskan jawatannya menerusi
surat perletakan jawatan kepada bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali
Hamsa.
Dzulkifli dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1
Ogos 2016 menggantikan Tan Sri Kassim Mohamed.
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM hadir beri keterangan di SPRM
Reviewed by Me
on
19:25
Rating:
Reviewed by Me
on
19:25
Rating:

No comments: