Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) hari ini
mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen
seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31
Disember ini.
Loading...
Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri
Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, pembayaran berkenaan merangkumi jumlah agihan
sebanyak 7.00 sen seunit dengan anggaran pembayaran sebanyak RM10.7 bilion, lapor Kosmo Online.
"Pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 9.6 juta
pemegang unit yang memiliki 155 bilion unit dalam ASB," katanya pada
majlis pengumuman agihan pendapatan ASB di Menara PNB di sini sebentar tadi.
Sementara itu, ASNB turut mengumumkan pengagihan pendapatan
sebanyak 3.25 sen seunit Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan
berakhir 31 Disember 2018.
“Agihan pendapatan itu mewakili hasil dividen sebanyak 5.1
peratus berdasarkan Nilai Aset Bersih dana berkenaan setakat 20 Disember 2018.
“Anggaran jumlah pembayaran sebanyak RM59.7 juta akan
memberi manfaat kepada lebih daripada 1.2 juta pemegang unit dengan lebih
daripada 1.8 bilion unit dalam dana tersebut,” jelasnya.
ASN berjaya merekodkan pendapatan bersih sebanyak RM64 juta
bagi 11 bulan pertama tahun kewangannya.
Dividen ASB 7.00 sen seunit
Reviewed by Faceless
on
19:44
Rating:
Reviewed by Faceless
on
19:44
Rating:

No comments: