Foto oleh FMT
SLIM RIVER: Peneroka FELDA seluruh negara bersyukur dan
mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad yang menyediakan peruntukan khas RM77 juta bagi membantu
peneroka FELDA melunaskan hutang tertunggak pada tahun semasa.
Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, Sulong Jamil Mohd Shariff,
berkata pengumuman itu sudah tentu memberi khabar gembira kepada kira-kira 112,
635 peneroka FELDA di seluruh negara yang sememangnya mengharapkan pihak
kerajaan membantu menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka.
Loading...
Katanya, jika bayaran sara hidup dan pendahuluan hasil tanam
semula tidak diberikan kepada peneroka sudah tentu akan menyebabkan kehidupan
mereka terjejas terutama ketika sedang menyiapkan persediaan persekolahan anak, lapor Berita Harian.
“Peruntukan itu juga dapat membayar khairat kematian kepada
waris 120 peneroka FELDA yang meninggal dunia dan ini sudah tentu meringankan
beban keluarga arwah.
“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan,
Lim Guan Eng yang mengumumkan berita gembira kepada peneroka seluruh negara,”
katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.
Sulong Jamil juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri
Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang turut serta berusaha
menangani kemelut yang dihadapi peneroka FELDA sehingga pihak kerajaan
menyediakan peruntukan khas itu.
Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan khas RM77 juta
bagi membantu peneroka FELDA melunaskan hutang tertunggak pada tahun semasa.
Guan Eng dilaporkan berkata kementeriannya mengambil
perhatian serius terhadap masalah aliran tunai FELDA yang sangat kritikal tahun
ini.
Beliau dipetik sebagai berkata, masalah itu mendapat
perhatian Dr Mahathir yang mengarahkan bantuan diberikan kepada peneroka FELDA.
Terima kasih Tun M
Reviewed by Faceless
on
19:38
Rating:
Reviewed by Faceless
on
19:38
Rating:

No comments: