Tok Mat masih ADUN Rantau yang sah


SEREMBAN - Status Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau masih sah sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan  berhubung rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini.

Loading...
Mahkamah Pilihan Raya itu memutuskan kemenangan Mohamad di kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, batal dan tidak sah.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Zulkefly Mohamad Omar berkata, beliau tidak mempunyai masalah membenarkan Mohamad menghadiri persidangan DUN kali ini yang berlangsung selama tiga hari bermula Isnin.

"Seminggu sebelum persidangan bermula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memaklumkan kepada saya bahawa Mahkamah Persekutuan menetapkan 18 Februari depan untuk mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya.

"Mereka (SPR) maklumkan maklumat itu, jadi kita terima. Status beliau (Mohamad) masih lagi ADUN sehingga rayuan didengar jadi bagi saya tiada masalah menghadiri persidangan," katanya kepada pemberita selepas selesai hari ketiga Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14 di sini, hari ini. - Bernama
Tok Mat masih ADUN Rantau yang sah Tok Mat masih ADUN Rantau yang sah Reviewed by Faceless on 18:14 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.