IPOH - Dahulu, kemunculan tokoh politik tanah air ini di
atas pentas ceramah sering dinanti-nantikan penyokongnya.
Ini kerana Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan
Mat Sabu tidak pernah jemu menghidangkan cerita-cerita panas dan kontroversi
berkaitan politik tanah air dalam cara yang mencuit hati.
Loading...
Bagaimanapun sejak memegang jawatan Menteri Pertahanan
selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Presiden Amanah itu mengakui
ucapannya sudah "tiada umph".
"Ceramah saya sudah tidak sedap macam dulu sebab banyak
pantang larang (untuk bercakap). Misalnya isu Johor dengan Singapura hanya
Kementerian Luar yang keluarkan kenyataan dan cuba selesaikan.
"Kementerian Pertahanan pula tidak keluar kenyataan
sebab bukan my turn (masa saya)," katanya ketika sesi penggulungan
pimpinan nasional pada Konvensyen Nasional Amanah 2018, di sini hari ini.
Jelas Ahli Parlimen Kota Raja berumur 64 tahun itu walaupun
isu tersebut dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan Negara, ia bukan di bawah bidang kuasa kementeriannya
untuk diselesaikan. - Bernama
Mat Sabu akui ucapan tidak lagi 'umph'
Reviewed by Faceless
on
01:44
Rating:
Reviewed by Faceless
on
01:44
Rating:

No comments: