KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata
wujud cubaan sesetengah pihak untuk menimbulkan syak wasangka serta mengadu
domba antara beliau dan Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad susulan tindakan keluar parti beberapa Anggota Parlimen
Umno, baru-baru ini.
Loading...
Presiden PKR itu mendakwa tindakan itu berniat untuk
merenggangkan hubungannya dengan Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu).
“Saya ambil maklum wujudnya andaian dan tanggapan yang telah
ditimbulkan pelbagai pihak berkait Ahli-Ahli Parlimen Umno yang meninggalkan
parti tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dihantar melalui aplikasi
Whatsapp hari ini.
Beliau turut menyatakan sokongannya terhadap usaha dan
kepimpinan Dr Mahathir serta akan terus bekerjasama dengan beliau untuk
menzahirkan agenda reformasi seperti yang telah dipersetujui.
“Pakatan Harapan telah diberi mandat untuk menjana perubahan
ke arah tatakelola pemerintahan yang menolak rasuah, keangkuhan dan perkauman
sempit,” kata beliau.
Anwar juga berkata tumpuan kini juga adalah untuk memacu
pertumbuhan dan meringankan beban rakyat terutama dalam kalangan golongan
berpendapatan rendah. — Bernama
Anwar: Ada pihak cuba regangkan hubungan saya dengan Mahathir
Reviewed by Faceless
on
16:03
Rating:
Reviewed by Faceless
on
16:03
Rating:

No comments: