BATU GAJAH — Gesaan sesetengah pihak supaya bekas
anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno yang keluar
parti supaya meletak jawatan adalah tidak adil, kata Timbalan Pengerusi Amanah
Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Beliau berkata ini kerana mengikut undang-undang pilihan
raya, anggota Parlimen atau Adun yang meletakkan jawatan dilarang untuk
bertanding selama lima tahun dalam mana-mana pilihan raya.
Loading...
“Itu hak mereka (anggota Parlimen atau Adun Umno) keluar
parti dan mahu beralih kepada parti lain, “ katanya ketika diminta mengulas
mengenai desakan pemimpin Umno yang mahu anggota Parlimen atau Adun yang keluar
parti itu perlu meletakkan jawatan.
Mohammad Nizar yang juga pengerusi Jawatankuasa Pelaburan,
Industri dan Pembangunan Wilayah negeri berkata demikian kepada pemberita pada
Majlis Penyampaian Program Kembali ke Sekolah anjuran Yayasan Perak dengan
kerjasama Pusat Khidmat Adun Sungai Rapat di Arena Square di sini hari ini.
Pada program itu, seramai 250 pelajar sekolah rendah daripada
keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan set pakaian sekolah, stokin,
kasut, beg dan alat tulis.
Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk
Saarani Mohamad mendesak bekas anggota Parlimen dan Adun Umno di Perak yang
keluar parti, meletak jawatan kerana mengkhianati amanah diberikan rakyat
selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). — Bernama
Tidak adil desak wakil rakyat Umno keluar parti letak jawatan, kata Nizar
Reviewed by Faceless
on
03:41
Rating:
Reviewed by Faceless
on
03:41
Rating:

No comments: