BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki yang juga
paderi bagi membantu siasatan berhubung kejadian mencabul kehormatan seorang
gadis yang datang mengurut di rumahnya di sebuah apartment di Jalan Laguna 2,
Perai di sini baru-baru ini.
Lelaki berusia 59 tahun itu ditahan pada 18 Disember lepas
selepas gadis berusia 24 tahun berkenaan membuat laporan polis dan paderi
tersebut akan didakwa di Mahkamah Butterworth Jumaat ini.
Loading...
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner
Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, kejadian itu dipercayai berlaku selepas
mangsa yang bekerja sebagai kerani telah pergi ke rumah paderi berkenaan yang
juga bapa angkat rakannya bagi melakukan rawatan penyakit sendi pada 1 Disember
lepas.
Katanya, dalam kejadian pukul 2 petang itu, lelaki berkenaan
mengurut kaki mangsa di ruang tamu rumah suspek sebelum dia bertindak membuka
pakaian gadis tersebut kerana mendakwa perlu mengurut seluruh badan bagi
melancarkan darah.
"Paderi itu telah mengurut seluruh badan mangsa sebelum
memasukkan jarinya ke dalam kemaluan gadis itu sambil mendakwa ia merupakan
tempat tumpuan penyakit yang dihidapi mangsa," katanya di sini hari ini.
Nik Ros Azhan berkata, lelaki itu yang sudah berkahwin telah
berpesan kepada mangsa agar tidak memaklumkan kejadian tersebut kepada sesiapa.
"Lelaki itu sebelum ini didakwa selalu menyentuh badan
mangsa seperti pada bahu, dada dan punggungnya ketika mangsa pergi berjumpa
kawannya di situ. Suspek juga didakwa selalu mengatakan mahu merogol
mangsa," katanya.
Beliau berkata, selain mangsa, polis turut menerima satu
laporan daripada seorang wanita berusia 24 tahun yang turut mendakwa dicabul
lelaki itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.
Katanya, pihak polis telah merujuk kertas siasatan kepada
pihak pendakwa raya bagi tindakan pertuduhan ke atas suspek yang dijangka
dilakukan pada Jumaat ini dan jika terdapat mangsa yang pernah dicabul paderi
itu diminta membuat laporan polis. - Bernama
Paderi ditahan cabul gadis
Reviewed by Faceless
on
07:45
Rating:
Reviewed by Faceless
on
07:45
Rating:

No comments: