Foto oleh TMI
Menurut apa yang dikatakan oleh Presiden Pas, Hadi Awang,
sukar bagi pihaknya untuk bergabung dengan UMNO kerana parti Melayu itu ketika
ini ibarat kapal yang sudah bocor.
“Umno sekarang mengalami kebocoran bahtera. Kaedah kita
orang pergi laut, kalau bahtera bocor kita pergi dekat, bahtera kita pun boleh
tenggelam sama.
Loading...
"Nak gabung dengan parti bocor ini satu benda yang
sulit dan payah," kata Ahli Parlimen Marang itu dalam sessi soal jawab di
London, semalam.
Memang tidak dinafikan bahawa UMNO sekarang ini adalah ibarat bahtera yang
bocor. Sejak hilang kuasa dan kemudian berlaku beberapa peristiwa lain susulan
daripadanya, harus diakui UMNO sedang menuju untuk tenggelam saja keadaannya.
Tetapi untuk Hadi Awang mengatakan hanya kerana UMNO itu
sudah jadi kapal yang bocor, maka susah untuk berhabung, barangkali tidak
berapa kena juga.
Patutnya sewaktu UMNO sedang bocor inilah Pas datang
membantu. Inilah waktunya UMNO mudah untuk berkawan dengan sesiapa saja.
Ketika kuat, UMNO hanya tahu menyombong dan jalan mendongak
saja. Tidak usah jauh, lihat saja pengalaman yang dialami Pas sendiri ketika
UMNO sedang kuat sebelum ini.
Bukan saja ia sentiasa menyombong dan memandang rendah
kepada Pas, malah kadang-kadang sampai ke tahap menghina dengan memberi
pelbagai gelaran buruk seperti parti sesat dan sebagainya.
Jadi, kalau nak kata Pas susah nak bergabung dengan UMNO
ketika ini kerana parti itu sudah jadi kapal bocor, sebenarnya waktu ia kuat
dan gagal, jauh lagi susah nak bergabung dengan parti assabiyah itu.
Sebaliknya, waktu sudah bocor inilah, UMNO baru sedar siapa
dirinya.
Cuma, adakah Pas pula ketika ini mahu bersikap membalas
dendam kepada UMNO?
Mentang-mentang UMNO sudah jadi kapal bocor, maka Pas tidak
mahu lagi bergabung dengannya?
Tak baiklah buat perangai begitu dan adakah sesuai parti
yang memperjuangkan Islam sesuai berbuat demikian?
*Shahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik
terkenal. Tulisan ini adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya
mewakili pendirian kami.
Tapi waktu kuat, UMNO pula yang menyombong....
Reviewed by Faceless
on
07:31
Rating:
Reviewed by Faceless
on
07:31
Rating:

No comments: