Foto oleh Mukhriz Hazim
KLANG, 26 Dis — Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) akan
menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bagi
menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy dipecat jika
kerajaan tidak berbuat demikian dalam tempoh 40 hari bermula semalam.
Loading...
Pengerusinya Abu Bakar Mohamed berkata Geras yang mewakili
lebih 100 badan bukan kerajaan turut akan menyerahkan memorandum kepada Sultan
Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Pemberdayaan dan Pembangunan Sosioekonomi dan Kerajaan Prihatin, V. Ganabatirau
dipecat.
“Memorandum ini adalah kerana kenyataan yang dikeluarkan
oleh kedua-dua pemimpin terbabit yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman
dan menyalahkan pihak berkuasa berikutan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha
Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan lepas,” katanya kepada pemberita selepas
perhimpunan “Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moothy” di sini
semalam.
Insiden dua hari itu menyaksikan anggota bomba Muhammad Adib
Mohd Kassim, 24 cedera parah akibat
diserang dan dipukul oleh kumpulan perusuh dan beliau meninggal dunia pada 17
Dis lalu di Institut Jantung Negara, kira-kira tiga minggu selepas kejadian.
Mengulas mengenai perhimpunan berkenaan, Abu Bakar berkata
beliau berterima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak berkuasa yang
membenarkan mereka berhimpun secara aman pada petang semalam.
Sementara itu, Abu Bakar
menyuarakan rasa kecewa dengan ucapan provokasi Presiden Pertubuhan
Jaringan Melayu Malaysia Datuk Azwanddin Hamzah pada perhimpunan tersebut yang
mengugut untuk menyerang Balai Polis Klang jika pihak yang terlibat dalam
kematian Muhammad Adib tidak ditangkap.
“Mengenai ucapan beliau tadi, saya tidak bersetuju, kita pun
sudah cakap pada beliau mengenai perkara yang mendatangkan provokasi kepada
bangsa, agama atau mana-mana organisasi.
“Saya sendiri pun sedih kerana saya sudah maklumkan kepada
beliau syarat yang perlu dipatuhi,” katanya, menambah kemungkinan tidak akan
mengundang Azwanddin dalam sebarang acara anjuran Geras. — Bernama
40 hari tempoh pecat Waytha Moorthy, desak Geras
Reviewed by Faceless
on
18:51
Rating:
Reviewed by Faceless
on
18:51
Rating:

No comments: