Foto The Star
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan
menyindir kerajaan PH tiada idea lain dalam mekanisme penetapan harga minyak
petrol daripada secara bulanan kepada mingguan, bermula 1 Januari depan.
Beliau berkata, kaedah itu dilihat tidak berubah seperti
mana dilaksanakan ketika BN memerintah negara.
Loading...
“Jika harga bertukar setiap minggu, itu sama dengan kerajaan
BN dulu. Tak ada idea lain ke Lim Guan Eng (Menteri Kewangan)?,” soalnya
menerusi ciapan di Twitter miliknya hari ini.
Mengulas tentang penurunan harga Ron95, Ahmad yang juga Ahli
Majlis Tertinggi Umno berkata, ia sebenarnya tiada kaitan dengan kerajaan PH,
sebaliknya disebabkan harga minyak dunia turun.
“Mungkin turun kepada RM1.90 seliter dan dah tiada subsidi.
Kenapa tak turunkan kepada RM1.50 dan beri subsidi?,” soalnya.
Semalam, Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, kerajaan
akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum termasuk Ron95 kepada harga
yang lebih rendah mulai 1 Januari 2019, sejajar dengan trend penurunan harga
pasaran minyak dunia ketika ini.
Katanya, kerajaan juga akan menukar kaedah penetapan secara
bulanan di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM) kepada penetapan secara
mingguan berkuatkuasa tarikh berkenaan, dalam keadaan harga minyak dunia yang
menurun sekarang.
Jika harga petroleum di pasaran dunia meningkat, kenaikan
tersebut akan dikawal dan dihadkan kepada RM2.20 seliter untuk Ron95 dan RM2.18
untuk diesel.
Pengekalan harga itu adalah sehingga pelaksanaan pemberian
subsidi petrol Ron95 secara bersasar dilaksanakan tahun depan. – BERITA HARIAN
Harga Petrol: Kerajaan PH Sudah Tak Ada Idea Ke? Sindir Ahmad Maslan
Reviewed by Faceless
on
18:48
Rating:
Reviewed by Faceless
on
18:48
Rating:


No comments: