Foto mStar Online
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau masih mempunyai
masa untuk membuat pengisytiharan harta berikutan baru saja menjadi anggota
parlimen kira-kira dua bulan lalu.
Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata beliau tidak
melanggar tempoh tiga bulan yang ditetapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM).
Loading...
"Sabarlah...dia (SPRM) beri masa tiga bulan, saya baru
menang PRK," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Meet Anwar
di Universiti Putra Malaysia di Serdang, malam ini.
Memetik portal Malaysiakini, Wakil Rakyat Pakatan Harapan (PH) diwajibkan membuat
pengisytiharan harta dalam masa tiga bulan selepas mengangkat sumpah.
Menurut laporan Bernama 9 Disember lalu, Anwar di kalangan
13 anggota parlimen PH yang belum berbuat demikian dengan SPRM, berdasarkan
Portal Pengisytiharan Harta (https://mydeclaration.sprm.gov.my/).
Antara 13 anggota parlimen itu ialah Menteri Besar Perak
Ahmad Faizal Azumu, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Mohamaddin
Ketapi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy.
'Sabarlah, SPRM beri masa tiga bulan', kata Anwar
Reviewed by Me
on
16:53
Rating:
Reviewed by Me
on
16:53
Rating:

No comments: