Tidak seperti soalan berkisarkan hal politik
negara, apabila diajukan soalan berhubung ramalan beliau mengenai perlawanan
akhir Piala AFF Suzuki yang dijadual berlangsung malam ini, Tun Dr Mahathir
Mohamad kelihatan teragak-agak memberi jawapan.
Loading...
“Sukar untuk saya buat ramalan. Saya harap Malaysia menang,
dapat satu dua gol jadilah,” jawabnya dengan menguntum senyuman.
Tambah Perdana Menteri, Skuad Harimau Malaya yang bakal
menentang pasukan Vietnam dalam perlawanan malam ini dilihat sebagai satu simbol
perpaduan yang unik dalam negara.
“Malaysia ini, walaupun mempunyai kepelbagaian kaum, tetapi
dalam sukan kita bersama. Sukan adalah acara yang baik untuk kita.
“Bila jaguh badminton kita menang, bukan sesebuah kaum
sahaja yang bangga, tetapi satu Malaysia meraikannya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu program Bicara Khas TV1
yang dibawakan RTM pada Isnin malam. - Astro Awani
Tun M: Dapat satu, dua gol pun jadilah
Reviewed by Me
on
16:48
Rating:
Reviewed by Me
on
16:48
Rating:

No comments: