Skandal Tabung Haji satu tragedi?


KUALA LUMPUR - Isu melibatkan Tabung Haji (TH) kerap diperkatakan sejak kebelakangan ini apatah lagi selepas laporan polis dibuat membabitkan beberapa pengurusan kanan TH baru-baru ini.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut tidak terlepas melontarkan pandangan beliau berhubung isu tersebut namun kali ini caranya berbeza, persoalan pula dilontarkan dalam laman Facebook miliknya.

Loading...

“Tabung Haji satu tragedi? Siapakah yang menganiayai umat sendiri? Siapakah pula yang bersekongkol dengan kezaliman begini?,” soalnya.

Persoalan dilontarkan pendakwah tersebut seolah-olah menzahirkan kekecewaannya melihat beberapa isu terpalit dengan TH.


Malah, dalam status sama, beliau menegaskan kadangkala tidak perlu musuh dari luar datang untuk memusnahkan kekuatan umat Islam.

“Kadangkala kita tidak perlu musuh luar untuk memusnahkan kekuatan kita, cukuplah dengan pengkhianat yang memakai baju ‘pembela agama’,” ujarnya.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa mendedahkan pengurusan lama TH melanggar Akta TH 1995 dalam soal pembayaran hibah kepada pendeposit sejak 2014.

Beliau berkata, terdapat dua syarat yang perlu dipatuhi melalui akta berkenaan mengikut Seksyen 22 (3)(a) iaitu aset TH mesti melebihi liabiliti dan institusi itu perlu merekodkan keuntungan setiap tahun.

Bagaimanapun menurut Mujahid, TH merekodkan defisit sebanyak RM4.1 bilion berakhir 31 Disember tahun lalu di mana menunjukkan pembayaran hibah sejak 2014 melanggar Akta TH 1995.

“Pertama, biar saya tegaskan dan jelaskan bahawa kami kerajaan hari ini meletakkan keutamaan tinggi bagi memastikan keselamatan pendeposit dalam TH.

“Itu keutamaan kami. Benda ini akan jadi kita punya keutamaan dalam kita cuba melihat dan menganalisa laporan kewangan TH,” katanya.

Tambahnya lagi, walaupun TH berhadapan dengan pelanggaran Akta Tabung Haji 1995 sejak 2014 namun dengan penstrukturan semula yang kita mulakan sejak Julai 2018, pembayaran hibah 2018 akan dapat dibuat.

“Saya yakin hibah 2018 akan dapat diberi dengan program pengukuhan yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan baru TH,” jelasnya. - Sinar Harian
Skandal Tabung Haji satu tragedi? Skandal Tabung Haji satu tragedi? Reviewed by Me on 04:43 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.