KOTA KINABALU — Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal menyifatkan langkah 14 wakil rakyat UMNO Sabah yang keluar parti
untuk menjadi wakil rakyat bebas dan menyatakan sokongan kepada kerajaan
sebagai tindakan yang sangat tepat, demi penyatuan rakyat negeri.
Beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan)
berterima kasih kepada kesemua mereka yang kini menyokong kerajaan kerana
menyedari hakikat bahawa UMNO bukan lagi landasan yang baik untuk berkhidmat
dengan rakyat.
Loading...
“Kita terima baik keputusan mereka untuk meninggalkan UMNO..
kerana apa yang penting adalah rakyat perlu bersatu bagi memastikan negeri
Sabah dapat dibangunkan. Kerana jika rakyat berpecah kita tidak boleh
membangunkan negeri,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima
borang keanggotaan Warisan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman, yang sebelum
ini menjadi ADUN Bebas selepas keluar dari UMNO pada 1 Ogos lepas.
Ditanya sama ada 14
wakil rakyat yang keluar UMNO parti hari ini menyatakan hasrat untuk menyertai
Warisan, Mohd Shafie berkata pihaknya belum menerima sebarang makluman atau
permohonan mengenainya daripada mereka.
“Kita tunggu sahaja apa yang mereka akan putuskan saya yakin
mereka buat keputusan dengan berfikir panjang mengenai hala tuju politik parti
yang akan mereka sertai kelak,”
tambahnya.
Empat belas wakil rakyat yang meninggalkan UMNO hari ini
terdiri daripada lima Anggota Parlimen iaitu Datuk Seri Ronald Kiandee
(Beluran), Yamani Hafez Musa (Sipitang), Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort),
Datuk Zakaria Edris (Libaran) dan Datuk Rahim Bakri (Kudat).
Sembilan orang lagi ialah Anggota Dewan Undangan Negeri
iaitu Datuk Seri Hajiji Mohd Noor (Sulaman), Datuk Seri Masidi Manjun
(Karanaan), Datuk Japlin Akim (Usukan), Datuk Musbah Jameh (Tempasuk), Datuk
Gulam Haidar Khan (Kawang), Datuk Mohd Arifin Arif (Membakut), Datuk Isnin
Aliasnih (Klias), Matbali Musah (Lumadan) dan Datuk Nizam Titingan (Apas). — Bernama
Shafie: Keluar Umno tindakan tepat, demi penyatuan rakyat
Reviewed by Faceless
on
17:43
Rating:
Reviewed by Faceless
on
17:43
Rating:

No comments: