Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto oleh Astro awani
KUALA LUMPUR — Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan
dakwaan beliau berkomplot dengan pemimpin tertentu dalam UMNO untuk menarik
barisan kepimpinan UMNO Sabah bertindak keluar daripada parti di negeri itu.
Perdana Menteri berkata pemimpin UMNO Sabah mempunyai
fikiran sendiri dan mereka bebas untuk kekal bersama UMNO atau meninggalkan
parti itu.
Loading...
“Mereka mahu keluar. Mereka ada fikiran dan pandangan
tersendiri. Jika mereka tidak mahu keluar, mereka boleh kekal dalam UMNO,”
katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Proton X70 di Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, tadi.
Terdahulu, keseluruhan jawatankuasa perhubungan UMNO negeri
termasuk pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dan 21 ketua Bahagian negeri
keluar daripada parti itu.
Hajiji dalam sidang media di Kota Kinabalu semalam
mengumumkan bahawa beliau bersama lima Anggota Parlimen, sembilan Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) dan dua Senator meninggalkan parti UMNO dan
mengisytiharkan menjadi ahli politik bebas.
Dr Mahathirr, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH),
bagaimanapun, mengesahkan beliau telah menemui beberapa pemimpin UMNO Sabah,
baru-baru ini.
Menurutnya, pemimpin-pemimpin tersebut mahu mengadakan
pertemuan dengan beliau untuk menyampaikan hasrat mereka untuk meninggalkan
UMNO .
“ Memang mereka datang dan memaklumkan bahawa mereka mahu
meninggalkan UMNO,” katanya.
Ditanya sama ada PH akan menerima bekas pemimpin UMNO Sabah
dalam mana-mana parti komponennya, Dr Mahathir berkata mereka perlu kekal
sebagai wakil rakyat bebas dan pada masa sama menunjukkan sokongan kepada
kerajaan.
“ Saya tidak tahu .ia bergantung pada sikap mereka. Jika
mereka menyokong dan tidak melakukan kesalahan pada masa lalu, kita akan terima
mereka,” katanya. — Bernama
Tiada komplot pemimpin Umno Sabah keluar parti, kata Mahathir
Reviewed by Faceless
on
17:41
Rating:
Reviewed by Faceless
on
17:41
Rating:

No comments: