Tun Daim Zainuddin mengingatkan, rakyat boleh menukar kerajaan Pakatan Harapan (PH) jika mereka gagal menunaikan manifesto pilihan raya umum lalu.
Bekas menteri kewangan itu berkata rakyat berhak bertindak demikian pada pilihan raya umum ke-15 jika nasib mereka masih juga tidak dibela, lapor Sinar Harian hari ini.
Loading...
“Kalau tak jaga, PRU akan datang tukar kerajaan. Ini memang hak rakyat, kalau tak bela rakyat, nanti ada orang lain yang akan bela,” kata pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan.
“Janji manifesto sesuatu yang boleh dilaksanakan tetapi kerajaan kena beri tumpuan. Mungkin perlu sedikit masa, menteri mesti selesaikan masalah.”
Bercakap di majlis Hi-Tea di Felda Sungai Tengi semalam, Daim mengakui rakyat sudah jemu mendengar masalah hutang negara tanpa diringi dengan penyelesaian.
“Tanggungjawab kerajaan mestilah mengutamakan rakyat, tidak mahu dengar tiada duit sebab rakyat pilih kerjaan suruh cari duit bela rakyat,” katanya.
Dalam majlis bersama warga Felda Wilayah Trolak itu juga, Daim turut membangkitkan pelbagai masalah melibatkan Felda berpunca campur tangan politik “pemimpin tidak beramanah”.
“Dulu ketika ditubuhkan Felda memang berjaya tapi bila politik ambil alih, macam-macam berbangkit. Bila pemimpin tidak amanah, yang derita adalah peneroka.
“Harga naik turun bukan perkara baru kerana tahun 1998 pun jatuh tapi kerajaan ambil perhatian,” katanya yang menggesa peneroka terus memberi kepercayaan kepada kerajaan PH.
Gesaan tersebut, kata Daim, sebagai sokongan kepada kerajaan untuk mengembalikan semula kegemilangan Felda sekaligus menunaikan janji manifesto kepada warga Felda. - ProjekMM
Tukar kerajaan jika PH gagal tunai manifesto, kata Tun Daim
Reviewed by Me
on
07:40
Rating:
Reviewed by Me
on
07:40
Rating:

No comments: