Kerajaan mengumumkan harga minyak RON95 akan dijual pada
harga lebih rendah bermula 1 Januari tahun depan.
“Sejajar dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia
pada ketika ini, kerajaan akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum
termasuk RON95 kepada harga yang lebih rendah mulai 1 Januari 2019 memandangkan
penetapan harga jualan runcit produk petroleum adalah secara bulanan.
Loading...
“Ini memberikan kelebihan kepada pengguna sekiranya harga
minyak dunia sedang naik tetapi memandangkan trend harga minyak adalah menurun
kerajaan sedia menukarkan asas penetapan harga jualan runcit produk petroleum
secara mingguan,” kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng seperti dilapor Malaysiakini.
Dalam kenyataan hari ini, Lim berkata kaedah penetapan harga
secara bulanan akan digantikan dengan penetapan harga jualan runcit secara
mingguan bermula tarikh sama.
Langkah itu, katanya, bagi membolehkan pengguna menikmati
perubahan harga yang lebih cepat selaras dengan perubahan harga petroleum di
pasaran dunia.
Bagaimanapun, jika harga minyak naik, harga runcitnya
dihadkan pada RM2.20 seliter untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel.
“Pengekalan harga ini adalah sehingga pelaksanaan pemberian
subsidi petrol RON95 secara bersasar dilaksanakan pada tahun 2019.
“Ini selaras dengan manifesto PRU14 Pakatan Harapan untuk
meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membolehkan rakyat menerima
faedah penurunan harga minyak tetapi membantu golongan B40 dengan subsidi
bersasar bila harga minyak naik,” katanya.
Kerajaan umum turunkan harga minyak bermula 1 Januari
Reviewed by Faceless
on
00:36
Rating:
Reviewed by Faceless
on
00:36
Rating:

No comments: