Bukan semua 'rosak,' PPBM Kelantan terima 3,000 bekas Umno


Bukan semua ahli Umno "rosak" tetapi hanya segelintir sahaja, kata timbalan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kelantan.

"Malah, ada juga ahli parlimen Umno tidak terbabit secara langsung (rasuah dan salah laku) cuma mereka perlu mewakili parti itu," kata Datuk Sazmi Miah.

Loading...
Menerima lebih 3,000 bekas ahli Umno Jeli, beliau berkata PPBM juga ada jawatankuasa pada peringkat pusat untuk menapis permohonan mereka, lapor Berita Harian.

"Kita tidak halang mereka hantar borang tapi yang pasti kita akan tapis terlebih dahulu supaya mereka tidak menjejaskan nama parti,” kata ketua bahagian PPBM Machang.

Beliau berkata PPBM "tidak boleh bersikap ekslusif" kerana parti tersebut "akan kecil" dan mereka perlu terbuka menerima ahli Umno bagi mengembangkan lagi kekuatan.

Minggu lalu, akar umbi PPBM Kelantan mengesa kepimpinan parti supaya tidak menerima permohonan wakil rakyat Umno untuk sertai parti berkenaan. - ProjekMM
Bukan semua 'rosak,' PPBM Kelantan terima 3,000 bekas Umno Bukan semua 'rosak,' PPBM Kelantan terima 3,000 bekas Umno Reviewed by Faceless on 00:43 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.