Lebih dua jam diperlukan untuk mengutip cebisan mayat lelaki
yang hancur akibat digilis beberapa kenderaan dalam nahas ngeri di lebuh raya
dekat sini awal pagi tadi.
Loading...
Mayat mendiang G Muniandy, 50, pada awalnya dilanggar oleh
Perodua Myvi dari arah Seremban menuju ke Nilai sewaktu mangsa melintas jalan
untuk mencari minyak, lapor Harian Metro.
Kemalangan kira-kira 5.40 pagi tadi berlaku berdekatan
kawasan rehat dan rawat (R&R) Seremban di lebuh raya PLUS selepas motosikal
yang ditunggang mangsa kehabisan petrol.
Ketua polis daerah Nilai berkata mangsa dirempuh kereta
berkenaan yang dipandu di lorong kanan Kilometer 274.3 lebuh raya itu dan
pemandunya tidak sempat mengelak.
“Mangsa tercampak di atas jalan sebelum digilis beberapa
kenderaan lain,” kata Supt Mohd Nor Marzukee Besar, yang menjelaskan motosikal
mangsa ditemui 30 meter dari lokasi nahas.
“Polis ... kemudian dibantu bomba dan Angkatan Pertahanan
Awam (APM), lebih dua jam masa diambil bagi mengutip cebisan tubuh mangsa.”
Pemandu kereta berkenaan A Tharmendra, 30, hanya cedera di
tangan. Kes itu disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan.
Dua jam kutip mayat hancur
Reviewed by Faceless
on
22:37
Rating:
No comments: