Dzulkefly nafi terlibat perlantikan anak dalam GLC


Menteri kesihatan menafikan penglibatan kementerian dengan perlantikan anak perempuannya sebagai aihli lembaga pengarah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Loading...
Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata penjelasan tentang perlantikan Nurul Iman sudah dibuat sejak April tahun lalu, lapor Free Malaysia Today.
“Saya dah buat penjelasan bila anak saya dilantik. Saya pun tidak tahu dia meninggalkan jawatan lama di Universiti Taylor.

“Nanti dia boleh cerita bagaimana dia jalankan tugas di AIM. Dia juga sudah buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.
Timbul kontroversi melibatkan perlantikan dua jawatan tertinggi dalam AIM yang dianggap kroni kepada pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Selain Nurul Iman, turut dilantik isteri kepada setiausaha politik perdana menteri, Abu Bakar Yahya iaitu Datuk Junaidah Kiting sebagai pengerusi AIM.  - Projek MM
Dzulkefly nafi terlibat perlantikan anak dalam GLC Dzulkefly nafi terlibat perlantikan anak dalam GLC Reviewed by Me on 20:19 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.