Foto NST
Tunku Mahkota Johor (TMJ) menggesa
kerajaan Pakatan Harapan (PH) “berhenti berperang antara satu sama lain”,
kurangkan berpolitik dan mula mentadbir.
Loading...
“Tolong... Tolonglah mulai mentadbir. Tolong berhenti
berperang antara satu sama lain. Tolong berhenti mempolitikkan setiap isu,”
kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Facebook malam tadi.
“Ayuh kita bekerjasama dan menghormati ruang dan tugas
masing-masing. Ayuh kita berkhidmat kepada rakyat dan melaksanakan yang terbaik
untuk negara kita”.
TMJ juga mahu terus bersuara walau beliau mengakui
sesetengah pihak tidak suka dengan kata-katanya, malah sedia dianggap “musuh
nombor satu” jika perlu, lapor Projek MM.
Bersempena tahun baharu, beliau berkata semua pihak termasuk
dirinya harus mengimbas kembali tahun 2018 dan “meminta maaf atas
kesilapan-kesilapan”.
Hentikan ‘perang’ politik, TMJ minta kerajaan ‘mula’ mentadbir
Reviewed by Faceless
on
19:31
Rating:
No comments: