Foto The Star
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir menyatakan sokongan penuhnya kepada Ketua
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berani
membuat kritikan berhubung isu pemberian kontrak.
Loading...
Mukhriz berkata tindakan membincangkan isu pemberian kontrak
secara umum adalah tidak sesuai malah dilihat melanggar integriti dan aspirasi
parti tersebut.
"Saya rasa tidak tepat dan tidak sesuai bagi mana-mana
kepimpinan yang mencadangkan untuk menggunakan kedudukan dalam kerajaan untuk
tujuan memberi kontrak. Itu bukan tanggungjawab kita, malah ia telah melanggar
harapan yang diberikan masa kita hendak tubuhkan parti dan kerajaan Pakaran
Harapan.
"Sebab itu saya menyokong kenyataan ARMADA mengenai
pentingnya integriti dalam pentadbiran parti," katanya kepada pemberita di
Alor Setar semalam.
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan mengenai desakan
beberapa ketua-ketua bahagian Bersatu yang mahu menyingkir Syed Saddiq
berhubung kritikan yang dibuatnya sebelum in.
Sebelum ini, Syed Saddiq ketika menyampaikan ucapan
penangguhan pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali ke-2 di, Putrajaya
baru-baru ini menegur perwakilan supaya tidak membincangkan isu pemberian
kontrak secara umum yang dilihat boleh menggugat parti, selain melahirkan rasa
kecewa berikutan soal integriti terpaksa menjadi topik ucapannya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai gesaan supaya Naib
Presiden Bersatu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman melepaskan jawatan rentetan
kenyataannya mengenai pemberian kontrak tersebut, Mukhriz berkata perkara itu
tidak perlu dipolemikkan kerana ia bukan pendirian parti.
"Kenyataan itu dibuat oleh satu individu sahaja jadi
kita tidak boleh cakap itu dasar parti. Pendirian parti adalah berdasarkan
integriti," katanya.
Dalam pada itu, Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah
berkata Bersatu juga akan cuba mengelakkan ‘budaya Umno’ masuk ke dalam parti
itu dan komitmen itu disuarakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang
telah menyatakan bahawa mana-mana pemimpin Umno yang menyertai parti itu tidak
diberikan jawatan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15.
"Kita tidak mahu ada budaya lama dan amalan tidak baik
yang melemahkan dan jejaskan parti (Bersatu). Kita akan elak perkara itu tapi
dalam masa yang sama kita sentiasa terbuka untuk menerima sebarang
kritikan," katanya.
Terdahulu, Mukhriz menyempurnakan majlis penyerahan watikah
pelantikan pelatih program 'Future Leaders' 2019 yang bertujuan untuk
mencungkil dan melahirkan bakat di kalangan mahasiswa untuk menjadi pemimpin
muda yang berkaliber.
-- Bernama
Isu kontrak: Mukhriz sokong Syed Saddiq
Reviewed by Faceless
on
19:24
Rating:
No comments: