Foto The star
KUALA LUMPUR — Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
komited dalam memastikan agenda reformasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) ke arah
kebaikan berjalan lancar tanpa dirosakkan atau diperalat oleh fahaman perkauman
dan agama sempit atau kekeliruan kerosakan yang lain.
Loading...
Menerusi amanat beliau bersempena Tahun Baharu ini, beliau
mahu barisan kepimpinan PH membaiki segala kelemahan selain menambah baik
penyampaian perkhidmatan kepada rakyat khususnya terhadap golongan miskin
bandar dan luar bandar.
“Maka wajar kita pastikan suara denyut nadi rakyat terutama
golongan miskin diperjuangkan walaupun ini mengundang kritikan kerana ada yang
menganggap hal ini tidak harus dihebahkan.
"Saya berbeza pendapat kerana janji kita dengan
pentadbiran baharu adalah memastikan kepentingan rakyat diutamakan dan
permasalahan mereka menjadi permasalahan negara,” kata beliau menerusi hantaran
video pendek di akaun Facebooknya kelmarin.
Mengenai sistem pemerintahan PH yang lebih telus, demokratik
dan bertanggungjawab, Anwar yakin kerajaan PH mampu menjalankan tanggungjawab
menjaga kepentingan rakyat dari pelbagai latar belakang ekonomi termasuk di
Sabah dan Sarawak.
Beliau turut memuji rakyat negara ini yang memberi peluang
kepada PH untuk mengambil alih tampuk pemerintahan daripada kerajaan Barisan
Nasional dalam keadaan aman tanpa berlaku sebarang pertumpahan darah atau
kerosakan harta benda.
“Justeru, saya ingin menyatakan juga penghargaan kepada
pasukan keselamatan dan penjawat awam yang menunjukkan kesediaan bantu proses
peralihan kuasa dengan aman,” katanya. — Bernama
PH kena pegang janji, utamakan masalah rakyat, kata Anwar
Reviewed by Me
on
18:45
Rating:
No comments: