Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean berada di
Putrajaya pada 31 Dis 2018 untuk menyampaikan mesej kepada Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi pihak Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Teo yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Negara berada
di Putrajaya bersama Menteri Kewangan Heng Swee Keat, menurut kenyataan
Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) republik itu dalam kenyataan yang dikeluarkan
susulan pertanyaan media mengenai mesyuarat dua hala antara Singapura dan
Malaysia.
Loading...
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memperincikan perutusan
tersebut.
Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah dilaporkan
berkata hari ini bahawa ruang udara adalah satu daripada isu yang dibincangkan
dalam pertemuan antara Dr Mahathir dan Teo di Putrajaya pada Isnin.
Saifuddin juga berkata pertikaian antara Malaysia dan
Singapura berhubung ruang udara akan dibincangkan semasa pertemuan beliau
dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan pada 8 Jan.
Ketika mengesahkan perkara ini, jurucakap MFA Singapura
berkata kedua-dua Menteri Luar akan mengadakan pertemuan pada 8 Jan di
Singapura sambil menambah bahawa "ada juga rancangan untuk Menteri
Pengangkutan dari kedua-dua negara bertemu tidak lama lagi."
Saifuddin dilaporkan berkata bahawa lawatannya ke Singapura
adalah kesinambungan daripada mesyuarat semalam.
"Terdapat beberapa isu, tetapi yang perlu diberi
perhatian segera adalah rancangan Singapura untuk memperkenalkan Sistem
Pendaratan Instrumen (ILS) bagi Lapangan Terbang Seletar yang akan melalui
ruang udara meliputi Pasir Gudang, Johor.
"Kami membantah dan mengisytiharkan ruang udara sebagai
kawasan larangan, dan ini akan menjadi masalah kepada Singapura. Saya yakin isu
itu akan dibincangkan dengan baik untuk mencari penyelesaian menang-menang bagi
kedua-dua negara," kata Saifuddin.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia telah mengeluarkan
Notis kepada Jutruterbang (NOTAM) pada 25 Dis 2018, memaklumkan pihak
penerbangan mengenai pewujudan Kawasan Larangan kekal untuk tujuan aktiviti
ketenteraan meliputiu ruang udara Pasir Gudang berkuatkuasa mulai 2 Jan 2019.
-- Bernama
TPM S'pura berada di Putrajaya sampai keputusan PM Lee kepada Dr M
Reviewed by Me
on
18:41
Rating:
No comments: