Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan pengharagaannya kepada
rakyat kerana menyingkirkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak keluar
pada pilihan raya umum lalu.
Jika tidak, perdana menteri mendakwa negara akan menanggung
hutang RM300 bilion lagi.
Loading...
“Kamu lakukan tugas yang baik dengan menyingkirkan Najib,
dan jika beliau menang, kita akan menanggung hutang RM300 bilion lagi,” katanya
yang dipetik oleh Malay Mail.
Mahathir berkata Najib berjanji setiap negeri akan menerima
antara RM60 hingga RM80 bilion peruntukan sekiranya beliau kekal berkuasa.
“Dari mana beliau apat duit itu? Setiap orang yang berfikir
akan tahu beliau perlu meminjam, dan jika beliau meminjam, beliau akan menambah
hutang,” katanya.
Menurut laporan itu, Mahathir tidak mengulas lanjut dari
mana beliau memperoleh angka tersebut. Ia juga menambah bahawa janji-janji yang
disebutkan itu tidak sama dengan manifesto pilihan raya BN.
Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata hutang
dan liabiliti kerajaan persekutuan berjumlah RM1.087 trilion, atau 80.3 peratus
daripada KDNK.
Ini termasuk hutang kerajaan persekutuan sebanyak RM686.8
bilion, jaminan kerajaan (RM199.1 bilion), dan pembayaran pajakan untuk projek
awam-swasta (RM201.4 bilion).
Berikutan itu, kerajaan menubuhkan Tabung Harapan Malaysia.
“Hutang bertambah RM300 bilion jika Najib menang PRU” – Perdana Menteri
Reviewed by Faceless
on
17:48
Rating:
No comments: