SUNGAI PETANI — Polis menahan seorang bekas komando
tentera yang disyaki terlibat dalam beberapa jenayah samun di sekitar daerah
Kuala Muda dan beberapa daerah lain di Kedah sejak awal tahun ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah berkata
suspek berumur 26 tahun yang ditamatkan perkhidmatan tentera pada 2017 ditahan
di sebuah motel di sini pada pukul 11 malam, Jumaat lepas.
Loading...
Beliau berkata suspek dipercayai terbabit dalam satu kes
samun sebuah kedai makan dan melarikan peti duit yang mengandungi wang tunai
RM450 serta sebuah telefon bimbit di Tikam Batu pada 25 Januari lepas, di
samping terlibat dalam satu lagi kes jenayah pada sebelah petangnya di hari
yang sama.
Katanya pada sebelah petang suspek dikatakan melanggar
sebuah motosikal yang ditunggang seorang remaja lelaki berumur 18 tahun,
sebelum memaksa remaja itu masuk ke dalam kereta dan mengugutnya dengan pisau
supaya mangsa mengeluarkan wang di mesin ATM.
“Suspek yang tidak mempunyai rekod lampau mengaku terlibat
dalam beberapa kes samun dan ujian saringan air kencing juga mendapati suspek
positif dadah jenis syabu.
“Suspek dipercayai melakukan kegiatan samun dan mencuri
kerana terdesak bagi membeli dadah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat
Polis Daerah Kuala Muda, di sini semalam.
Adzli berkata lelaki itu direman sehingga Ahad bagi membantu
siasatan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan
menggunakan senjata, Seksyen 179 Kanun Keseksaan kerana mencuri, serta Seksyen
15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan dengan penangkapan suspek polis percaya
telah berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya sembilan kes jenayah. — Bernama
Samun dua kali sehari, bekas komando terdesak beli dadah
Reviewed by Faceless
on
16:43
Rating:
No comments: