Lim Guan Eng - Foto oleh The Star
Malaysia dijangka akan menerima kembali wang yang telah
diselewengkan daripada 1MDB tidak lama lagi, kata Menteri Kewangan Lim Guan
Eng.
"Malaysia akan terima wang yang kita dapat perolehi
daripada 1MDB. Ini bukanlah jumlah besar tapi bayaran pertama akan dibuat
kepada negara Malaysia.
Loading...
"Bukanlah berbillion, bukan jumlah besar, tapi
sekurangnya adalah permulaan dan ini adalah berita baik, dan kita harap akan
diikuti bayaran lanjutan kepada Malaysia di mana kita dapat balik wang yang
dirompak daripada 1MDB," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya, lapor Malaysiakini.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan dari mana bayaran
itu akan dibuat dan jumlahnya yang tepat.
Beliau juga menggesa parti-parti pembangkang yang menerima
'ratusan juta' daripada dana 1MDB, untuk mengembalikan semula wang itu.
Beliau berkata kerajaan akan mengambil tindakan untuk
mendapatkan wang berkenaan dari parti-parti politik ini, termasuk tindakan
undang-undang dan bermula dengan parti yang menerima jumlah terbesar daripada
dana 1MDB.
M'sia bakal terima kembali wang yang dirompak daripada 1MDB, kata Guan Eng
Reviewed by Faceless
on
00:13
Rating:
![M'sia bakal terima kembali wang yang dirompak daripada 1MDB, kata Guan Eng](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7hlT92xRAkXVWpHaRzScn30GFK12CIlEhHsiZuLxLMmM8NEaRpijJltCaqV5SLttTdq2rtf1AbiUJu9NycxtBuwD4Hl95-BC1FdbDBlzSzAtcChUu2VpiE7dwBMHVPTPSrN-MjgUyPHzV/s72-c/Lim+Guan+Eng.jpg)
No comments: