LUMUT - Hasil bedah siasat ke atas bayi lelaki berusia
sembilan bulan yang meninggal dunia dipercayai didera semalam, mendapati tiada
sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad
Hanif Othman berkata, bagaimanapun siasatan akan terus dijalankan bagi mengenal
pasti punca sebenar kejadian.
Loading...
Muhammad Hanif berkata, kejadian berlaku apabila bayi
berkenaan, Muhammad Firas Danial Muhammad Nizar telah dihantar ke rumah
pengasuh di kuarters polis IPD Manjung dalam keadaan yang tidak sihat dan
dikatakan telah demam selama tiga hari.
"Dalam jagaan pengasuh, bayi itu telah tidak sedarkan
diri. Tindakan serta merta telah diambil oleh pengasuh dan ibunya dengan
membawa bayi itu ke Hospital Seri Manjung.
"Namun keadaan bayi itu agak kritikal dan pihak
Hospital Manjung telah segera merujuk serta menghantar mangsa ke Hospital Raja
Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Muhammad Hanif berkata, selepas sehari berada di Unit
Rawatan Rapi Hospital Ipoh, mangsa telah meninggal dunia.
"Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati kematian
mangsa adalah berpunca dari pendarahan dalam kepala terdapat darah beku, namun,
tiada sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal pada mangsa,"
katanya.
Muhammad Hanif berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen
31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Semalam, media melaporkan Muhammad Firas Danial meninggal
dunia di PICU di hospital berkenaan, kira-kira 2.49 petang semalam, setelah
mengalami pendarahan dalam kepala dipercayai akibat gegaran kuat.
Ibu mangsa, Nur Aziemah Zahari, 26, berkata dia yang tinggal
di Desa Pemarak Kampung Kayan di Sitiawan menghantar anaknya di rumah pengasuh
itu sejak tiga minggu lepas kerana kakaknya yang sebelum ini menjaga bayi
terbabit telah mula bekerja. - Bernama
Kematian Muhammad Firas tiada unsur dera
Reviewed by Faceless
on
20:16
Rating:
![Kematian Muhammad Firas tiada unsur dera](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgp2VHJfNq2oa-T3ecZiVKnCmhfW4Ar2pbCn_L4I65ppw-ZVkrcK10EPXo8cC3Fmlwu2ZdilLyjikbeP-wBitKWPufkY-6K9TJfMvbY8T-4kTzNE8EF-H0yAs8MKYvRhUjhb6IWCuh2NpJm/s72-c/firas.jpg)
No comments: