Dituduh sekongkol tender DBKL, Khalid Samad mahu saman penulis blog


Khalid Samad bercadang menyaman penulis blog yang mendakwa beliau dan datuk bandar Kuala Lumpur “bersekongkol menawar tender tanpa mesyuarat”.

Tindakan itu berikutan Zaharin Mohd Yasin mendakwa ada tender diluluskan Jawatankuasa Tender Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebelum dibatalkan menteri Wilayah Persekutuan.

Loading...


“...tunggulah surat daripada peguam saya,” coret pengarah komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) ketika membalas dakwaan Zaharin di Facebooknya.

Zaharin melampirkan senarai syarikat terpilih dalam tender semula untuk cadangan kerja pembinaan dan penyelenggaraan melibatkan sungai dan kolam di sini.



Menurut laporan Projek MM hari ini, Khalid sebaliknya menegaskan senarai itu membuktikan wujud “tangan ghaib” dalam DBKL kerana beliau selaku menteri “belum menerima keputusan tersebut”.

“Maka meroyanlah semua yang ada hubungan dengan ‘tangan ghaib’ ini setelah diikat dan dijentik mula terlepas projek,” katanya.

“Dan peguam saya serta suratnya bukan jenis “ghaib” tetapi jelas dan nyata,” kata ahli parlimen Shah Alam.
Dituduh sekongkol tender DBKL, Khalid Samad mahu saman penulis blog Dituduh sekongkol tender DBKL, Khalid Samad mahu saman penulis blog Reviewed by Faceless on 20:13 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.