Kerajaan hari ini memberitahu siasatan berhubung dakwaan
berlaku penyelewengan dalam Pengurusan Projek Jiwa Murni (PJM) tidak pernah
ditamatkan.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, siasatan masih
diteruskan dan masih belum boleh dibawa ke pengetahuan umum melalui Kertas
Putih Pertahanan (KPP).
Loading...
“Ia masih di dalam siasatan Tan Sri Ambrin (Jawatankuasa
Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan), ia belum tamat lagi,”
katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Persidangan Meja Bulat
Peringkat Tinggi Kertas Putih Pertahanan di Wisma Perwira hari ini, lapor Kosmo! online.
Persidangan meja bulat itu turut dihadiri Menteri Dalam
Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind
Singh Deo, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua
Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar.
Baru-baru ini dilapor, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) diminta menyiasat penyelewengan satu projek menaik taraf jalan
di pedalaman Sarawak kerana dikatakan tidak menepati piawaian selain gagal
disiapkan mengikut waktu yang ditetapkan dipercayai disebabkan faktor rasuah.
Dilapor tahun lepas, Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus,
Perolehan dan Kewangan Kerajaan memulakan siasatan pertamanya ke atas
Kementerian Pertahanan, kata Pengerusinya, Tan Sri Ambrin Buang.
Ambrin berkata jawatankuasa yang ditubuhkan atas persetujuan
mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Mei lalu itu memulakan tugas siasatan
berkenaan atas permintaan Mohamad sendiri.
Siasatan jawatankuasa tersebut akan memberi fokus kepada
kes-kes yang mencurigakan di mana-mana kementerian selain mengesyorkan
langkah-langkah yang lebih baik bagi membasmi ketirisan wang negara.
Sebagai permulaan, jawatankuasa itu akan memulakan
penyiasatan ke atas beberapa projek di bawah kelolaan Kementerian Pertahanan.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2015, lawatan audit mendapati kualiti kerja
Pengurusan Projek Jiwa Murni (PJM)
kurang memuaskan dan ada jalan yang tidak dibina bahu jalan serta
longkang mengikut standard jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) disebabkan peruntukan
tidak mencukupi.
Kertas Putih Pertahanan yang akan dibentangkan di Parlimen
Julai ini adalah dokumen yang bukan lagi diklasifikasikan sebagai ‘sulit’ yang
boleh ditatap oleh semua rakyat Malaysia.
Siasatan Projek Jiwa Murni tidak pernah ditamatkan, kata Mohamad Sabu
Reviewed by Faceless
on
20:01
Rating:
![Siasatan Projek Jiwa Murni tidak pernah ditamatkan, kata Mohamad Sabu](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicbHWJbdCUARqp8cUFYz8vE00r3brOZYWPuL2EaMiG_JbTAS9UaBfw6finkOMu6Fy90gs6jKfxNygIc4ykgoWEA0UXjAYKx0XvmMvDeWQa7w_hyYBaZNcpD-RzcWeK531bd_4iyCLf5kA9/s72-c/mohamad_sabu_.jpg)
No comments: