Wan Saiful Wan Jan mendakwa enggan membantu mengatur
pemberian kontrak jutaan ringgit membabitkan anak pemimpin Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) Perlis.
“Saya ditawarkan wang yang besar sekiranya membantu
pengaturan kontrak tersebut. Saya enggan melakukan salah guna kuasa itu,”
katanya dalam kenyataan hari ini.
Loading...
Beliau turut mendakwa digesa menarik balik laporan polisnya
tentang pemalsuan tuntutan ratusan ribu ringgit di pejabat parti itu sebelum
ini.
“Saya tidak akan bertolak ansur dalam hal integriti...,”
tegas setiausaha PPBM Perlis yang dipecat atas alasan sibuk sebagai pengerusi
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
“Saya tidak akan tunduk kepada tekanan untuk mendapatkan
wang dengan cara salah oleh mana-mana individu tanpa mengira jawatan yang
mereka pegang di Perlis.”
Wan Saiful, yang juga seorang pemimpin pusat PPBM,
bagaimanapun tidak menyebut nama pihak-pihak terbabit dengan dakwaan salah laku
tersebut.
Beliau juga tidak menyatakan sama ada keengganannya mengikut
telunjuk pemimpin tertentu di Perlis menyebabkan dipecat daripada jawatan
tersebut.
Dua hari lalu, mesyuarat khas PPBM negeri mengambil
keputusan menggugurkan beliau dengan alasan “terlalu sibuk” dan juga timbil
“masalah komunikasi” dengannya.
Pengerusi PPBM negeri Ameir Hassan memberitahu Malaysiakini
hari ini keputusan tersebut setelah mengambil kira komitmen yang diberikan oleh
Wan Saiful terhadap parti.
“Dia digugurkan kerana dia sibuk sangat dalam kemelut PTPTN.
PTPTN itu berat dan banyak kerja dan kerja-kerja [parti] tidak diselaraskan,
kita tidak mahu bebankan dia [Wan Saiful].
“Apabila saya tengok ada permasalahan komunikasi dan
sebagainya kerana dia terlalu sibuk dengan PTPTN, jadi biarlah dia selesaikan,
tidak adil bagi beban berlebihan,” katanya seperti dilaporkan. - Projek MM
Wan Saiful dakwa enggan layan kontrak jutaan ringgit anak pemimpin PPBM punca dipecat
Reviewed by Faceless
on
00:58
Rating:
No comments: