Perlembagaan negara berhubung pelantikan Yang di-Pertuan
Agong tidak akan dipinda biar pun peletakan mengejut Sultan Muhammad V semalam
yang merupakan pertama kali dalam sejarah.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata,
pengumuman peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong
ke-15 dilakukan secara tertib dan mengikut perlembagaan, lapor Kosmo online.
Loading...
"Kerajaan (Persekutuan) tidak campur tangan dalam
perkara ini dan menerima sahaja apa keputusan dibuat raja-raja.
"Saya harap (pelantikan baharu) dapat dilakukan secepat
mungkin kerana sebagai Perdana Menteri, saya perlu menghadap Yang di-Pertuan
Agong," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pejabat Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu di sini hari ini.
Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk
Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz memaklumkan Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai
Yang di-Pertuan Agong ke-15 menerusi warkah yang telah diutus kepada Setiausaha
Majlis Raja-Raja.
Sultan Muhammad V ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong
ke-15 pada 24 April 2017 selepas mengangkat sumpah jawatan itu pada 13 Disember
2016.
Perlembagaan negara tidak akan dipinda - Tun M
Reviewed by Faceless
on
01:03
Rating:
No comments: