Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah boleh dilantik Yang di-Pertuan Agong sekalipun baginda gering dengan tugasnya dipangku timbalannya, kata pakar sejarah.
Loading...
Prof Datuk Ramlah Adam berkata pengiliran Yang di-Pertuan Agong jatuh kepada Sultan Pahang jika Majlis Raja-raja “membenarkan” dan baginda pula berminat, lapor Sinar Harian.
“[...] Jadi saya rasa masih boleh ikut sistem giliran cuma soalnya sekarang, apakah itu dibenarkan oleh Majlis Raja-raja?”
Seksyen 1 Bahagian I Jadual Ketiga Perlembagaan, mensyaratkanYang di-Pertuan Agong perlu dewasa, tidak menolak dipilih dan tidak ditolak Majlis Raja-raja.
Namun, Ramlah berkata Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bakal ditabal berdasarkan peraturan giliran jika Sultan Pahang menolak.
Bekas pensyarah Universiti Malaya yakin Majlis Raja-raja sedaya mungkin akan mengikut sistem giliran sedia ada supaya tidak menyinggung mana-mana pihak. - Projek MM
Jika Sultan Pahang tolak, Sultan Johor jadi Agong, kata pakar sejarah
Reviewed by Me
on
21:28
Rating:
No comments: