Bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa kadar sewa
kuarters Perbadanan Putrajaya (PPj) di sini naik berganda dari RM400 kepada
RM800 sebulan.
“Kalau betul-betul perlu dinaikkan, naikkanlah sedikit demi
sedikit. Jangan digandakan serta-merta macam ini sehingga tidak dapat
bernafas,” katanya dalam catatan di Facebook, semalam.
Loading...
Najib dalam catatannya itu berkata penyewa kuarters
berkenaan adalah penjawat awam dan pekerja kerajaan dan menurutnya, PPj adalah
milik penuh kerajaan dan di bawah kawal selia kerajaan.
Dalam catatan Facebook Najib itu, turut disertakan dua
keping gambar notis makluman kadar baharu sewaan kuarters Blok F dan G milik
PPj Presint 11.
Dalam notis tersebut, ia menyatakan bahawa Mesyuarat
Jawatankuasa Pengurusan PPj telah menetapkan kadar baharu bagi sewaan kuarters
PPj iaitu Blok F (Aras 1 hingga 16) ialah RM800 manakala Blok G Aras bawah dan
Aras 1 ialah RM800 manakala Aras 2 (RM700) dan Aras 3 dan 4 (RM600).
Notis itu menyatakan bahawa kadar baharu sewaan akan berkuat
kuasa setelah kontrak penyewaan sedia ada tamat dan penyewa masih berminat
untuk meneruskan kontrak baharu bagi penyewaan kuarters berkenaan.
PPj yang dihubungi bagi mendapatkan maklum balas menyatakan
satu kenyataan berhubung perkara berkenaan akan dikeluarkan dalam masa
terdekat.
- Bernama
Najib dakwa sewa kuarters PPj naik 2 kali ganda
Reviewed by Faceless
on
22:18
Rating:
No comments: