Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim pada
Selasa memfailkan saman terhadap presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia
(JMM) Datuk Azwanddin Hamzah berhubung ucapan berbaur fitnah yang mengaitkannya
dalam pertikaian tanah melibatkan kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang
Jaya.
Loading...
Dalam kenyataan tuntutannya, Kok berkata bahawa pada 25 Dis
pada satu perhimpunan yang diadakan di Dataran Seni Klang, Selangor, Azwanddin
sebagai presiden JMM telah menyampaikan ucapan yang antara lain mengandungi
perkataan-perkataan berunsur fitnah secara lisan, fitnah bertulis dan
pembohongan.
Plaintif mendakwa bahawa ucapan itu diterbitkan semula oleh
defendan menerusi portal media dalam talian di dalam dan luar negara.
Beliau mendakwa ucapan itu dalam pengertian biasa dan
pengertian semula jadi bermaksud antara lain bahawa beliau bersifat rasis,
telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai menteri dan bertindak secara tidak
adil serta tidak jujur, tidak beretika dan tidak berprinsip sebagai seorang
menteri.
Kok mendakwa bahawa ucapan itu juga dalam pengertian biasa
dan pengertian semula jadi adalah tidak benar, berniat jahat, secara sengaja
dan dilakukan tanpa mengambil kira kebenaran mengenai perkara itu dan secara
serius membawa kemudaratan kepada reputasi plaintif.
Beliau juga mendakwa bahawa defendan telah menyebarkan
penerbitan ucapan tersebut dengan niat dan motif untuk memfitnah plaintif atas
kapasiti peribadi dan rasmi, dan dibuat secara mala fide dan niat jahat.
Menteri itu mendakwa bahawa ucapan tersebut diterbitkan
dengan tujuan menghasut orang awam dan memburuk-burukkan plaintif dan
disampaikan secara tidak bertanggungjawab kepada orang ramai dan secara khusus
dibuat bagi mendapat sensasi murahan untuk mencetuskan kekacauan dan
kemungkinan membawa bahaya secara fizikal dan kemudaratan lain kepada plaintif.
Akibatnya, ia telah menyebabkan plaintif mengalami
kesengsaraan, kerisauan dan menanggung aib, dan oleh itu, plaintif berhak
memperoleh ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.
Kok berkata beliau pada 26 dan 31 Dis, 2018 telah menghantar
surat tuntutan melalui peguamnya menuntut defendan menarik balik, memohon maaf
dan membayar ganti rugi kepadanya tetapi ia tidak diendahkan dan defendan
enggan berbuat demikian.
Oleh itu, plaintif memohon ganti rugi am, ganti rugi teruk
dan ganti rugi teladan serta injunksi untjuk menghalang defendan sama ada
melalui ejen dan/atau mana-mana orang lain daripada terus menuturkan, menulis
atau menerbitkan ucapan yang sama, dan juga kos.
-- BERNAMA
Teresa Kok saman Azwanddin berhubung ucapan berbaur fitnah
Reviewed by Faceless
on
17:37
Rating:
No comments: