Foto oleh FMT
Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown mengesahkan ada
menerima RM1.4 juta untuk menyelesaikan kes saman dengan Presiden PAS Datuk
Seri Abdul Hadi Awang di luar mahkamah.
Katanya, Abdul Hadi sudahpun membuat pembayaran menerusi
peguamnya Americk Sidhu.
Loading...
"Sarawak Report bersetuju dengan syarat yang ditetapkan
Abdul Hadi, bahawa semua pihak perlu merahsiakan maklumat transaksi
berkenaan," lapor Malaysiakini.
Katanya, sudah menjadi kebiasaan bagi mana-mana penyelesaian
di luar mahkamah supaya merahsiakan transaksi berkenaan demi menjaga air muka
pihak yang harus membayar penyelesaian luar mahkamah.
Clare juga berkongsi beberapa imej dokumen berkenaan
transaksi berkenaan, termasuk dokumen rahsia berupa cek Bank Islam dan sepucuk
surat pengesahan dari Maybank.
Menurut Clare dia mula-mula dihubungi untuk ditawarkan
penyelesaian luar mahkamah sejak akhir tahun lalu melalui orang tengah Abdul
Hadi.
Kata Clare asalnya presiden PAS itu mahu membayar wang tunai
tetapi ditolak sebaliknya memilih untuk menggunakan cek tarikh tertangguh.
Clare sahkan Hadi bayar RM1.4j secara rahsia selesai kes saman luar mahkamah
Reviewed by Faceless
on
18:19
Rating:
No comments: