PUTRAJAYA — Rasa 'terasing' dan gelisah melihat
kekuatan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini mendorong PAS untuk terus
mendakwa wujud rancangan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk
Salahuddin Ayub berkata, PAS, yang dulunya pernah menolak untuk bersama PH,
kini risau dengan kekuatan pakatan tersebut selepas memenangi Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14) tahun lepas.
Loading...
“Kita ajak mereka untuk bersama sebelum ini tetapi mereka
enggan. Apabila PH sudah menang, PAS rasa terasing.
"Jika berterusan begini, PAS boleh dilanda sindrom
kemurungan,” kata Salahuddin, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani.
Beliau ditanya mengapa pemimpin PAS terus menimbulkan
spekulasi wujudnya komplot untuk membawa undi tidak percaya terhadap kepimpinan
Dr Mahathir sedangkan pemimpin PH sudah menafikannya.
Salahuddin, yang juga bekas naib presiden PAS, berkata
demikian ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan
Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2018, di kementeriannya, di
sini semalam.
Isu mengenai undi tidak percaya dibangkitkan selepas
pendedahan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan kononnya terdapat dua
parti dalam PH mungkin merancang pembelotan terhadap Dr Mahathir. — Bernama
PAS boleh jadi murung lihat PH makin kuat, kata menteri
Reviewed by Faceless
on
18:23
Rating:
No comments: