Kehadiran seorang lelaki berketinggian 220 sentimeter
menarik tumpuan orang ramai pada program Pemimpin Turun Padang di Rancangan
Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3, di sini, petang semalam.
Mohd. Azli Hisyam Abdul Ghafar, 25, yang berasal dari RKT
Paloh 3 di sini umpama seorang selebriti apabila tidak berhenti melayan orang ramai
untuk bergambar kenangan dengannya.
Loading...
Beliau yang pernah menerima sijil daripada Malaysia Book Of
Records sebagai manusia tertinggi di Malaysia turut bergambar kenangan bersama
Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Datuk Sazmi Miah.
Mohd. Azli Hisyam berkata, ketika ini dia berehat di
kampungnya kerana masih belum sihat sepenuhnya selepas menjalani pembedahan
membuang ketumbuhan di kepala pada bulan Oktober tahun lalu, lapor Kosmo Online lagi.
Katanya, dia yang merupakan lepasan pengajian di Institut
Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, Alor Setar, Kedah bahagian penyaman udara
masih belum mendapat tawaran pekerjaan.
“Saya masih menganggur dan sekarang ini membantu bapa
berniaga di kedai makan di sini. Saya akui susah untuk mendapat pekerjaan
dengan ketinggian yang dimiliki dan mungkin saya akan ceburi bidang perniagaan
sendiri selepas ini,” katanya.
Mohd. Azli Hisyam mengakui dia sentiasa menarik perhatian
orang ramai sejak zaman sekolah lagi kerana ketinggiannya luar biasa daripada
remaja lain di negara ini.
Katanya, menjadi orang tinggi tidak sama seperti orang lain
apabila kasut dan setiap pakaiannya perlu ditempah dengan tukang jahit.
“Baju saya perlu labuh walaupun bersaiz 4 XL. Saiz kasut
saya pula ialah 16.
“Saya bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan normal
walaupun hanya ketinggian agak luar biasa,” katanya yang merupakan anak kedua
daripada lapan beradik.
Tambah Mohd. Azli, kehidupannya juga tidak sama seperti
manusia normal lain apabila dia cepat berpeluh sekiranya berdiri agak lama dan
mempunyai katil tidur yang dibina lebih panjang.
Manusia tertinggi di Malaysia tarik perhatian orang ramai
Reviewed by Faceless
on
23:38
Rating:
Reviewed by Faceless
on
23:38
Rating:

No comments: