Tun M: Pas tidak akan sokong UMNO di Semenyih


KUALA LUMPUR -  Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, Pas telah memutuskan tidak akan menyokong UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Perdana menteri berkata, perkara itu disuarakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertemu dengan beliau di Yayasan Al-Bukhary di sini semalam.
Loading...

"Dalam pertemuan itu, kami bincang soal politik. Banyak soal politik. Antaranya mengenai Pas dalam pilihan raya kecil Semenyih kali ini, ia (Pas) tidak akan menyokong parti UMNO.

"Hadi maklumkan kepada saya Pas tidak akan menyokong UMNO. Tapi ada juga pengakuan secara tertulis dan ditandatangani," katanya selepas menyampaikan ucaptama dalam Pesta Demokrasi Kuala Lumpur 2019 anjuran Gerakan Pembaharuan Untuk Asia Tenggara (FORSEA), di sini hari ini.

Abdul Hadi semalam dilapor berkata, pertemuannya dengan Mahathir pada Jumaat adalah bagi membincangkan penyelarasan pentadbiran antara Kerajaan Negeri dengan Persekutuan.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, perbincangan itu turut menyentuh mengenai Wang Tunai Petroleum (WTP), Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) dan projek-projek Kerajaan Persekutuan dan Negeri agar tidak wujud sebarang percanggahan. - Bernama
Tun M: Pas tidak akan sokong UMNO di Semenyih Tun M: Pas tidak akan sokong UMNO di Semenyih Reviewed by Faceless on 23:35 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.