Foto oleh FMT
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kesal dengan tindakan
penyokong Barisan Nasional (BN) yang cuba menyerangnya dalam kejadian di
Semenyih pagi tadi.
Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
berkata beliau tidak kisah dihina tetapi bukan dalam bentuk kekerasan fizikal.
Loading...
“Nak caci saya ‘babi’, ‘bangsat’, ‘hancing’, saya hormati,
kerana itu hak saudara. Tetapi kalau sampai nak guna serangan fizikal, itu
keterlaluan,” coretnya di Twitter, hari ini, lapor Malay mail.
Namun demikian, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak
polis dan Unit Amal PAS kerana membantu.
Tanpa mereka, menurut Syed Saddiq, “tidak tahu apa akan
jadi”.
Berita Harian melaporkan, wakil rakyat PPBM itu diserang
sekumpulan penyokong pembangkang selepas tamat penamaan calon pilihan raya
kecil (PRK) Semenyih.
Serangan itu didakwa berlaku sebaik beliau keluar dari pusat
penamaan di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Satu laporan dijangka akan dibuat menteri belia dan sukan di
Balai Polis Sungai Way sebentar lagi.
Boleh nak caci saya ‘babi’, ‘bangsat’, ‘hancing’, bukan serang fizikal - Syed Saddiq
Reviewed by Faceless
on
23:32
Rating:
Reviewed by Faceless
on
23:32
Rating:

No comments: