JAKARTA: Malaysia bakal menerima kunjungan Putera Mahkota
Arab Saudi, Mohammed bin Salman sebagai sebahagian jelajah Asia yang termasuk
Indonesia, Pakistan dan India tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Indonesia akan menerima kunjungan Putera Arab
Saudi itu terlebih dahulu untuk lawatan ke negara berkenaan minggu depan, kata
Indonesia hari ini.
Loading...
Lawatan dua harinya ke negara majoriti Islam terbesar dunia
itu bermula Isnin ini dan ia kunjungan rasmi kedua Mohammed atau dikenali MbS
ke negara kepulauan itu.
“Beliau akan tiba di Indonesia pada 18 Februari dan bertemu
Presiden (Joko ‘Jokowi’ Widodo) pada keesokannya (19 Februari),” kata jurucakap
presiden, Johan Budi.
Mohammed kali terakhir mengunjungi Indonesia bersama
bapanya, Raja Arab Saudi, Raja Salman pada 2017 dalam jelajah Asia unruk
mendapatkan perjanjian pelaburan.
Ketika itu, Indonesia dan Arab Saudi menandatangani pelbagai
perjanjian daripada perdagangan dan penerbangan sehinggalah memperluaskan
kerjasama dalam bidang sains, kesihatan dan memerangi jenayah.
Mereka juga menandatangani perjanjian membabitkan firma
tenaga milik kerajaan, Aramco dan Pertamina untuk memperluaskan bidang
penapisan minyak bernilai bilion dolar di negara Asia Tenggara itu.
Kunjungan minggu depan diadakan ketika imej Mohammed terjejas
berikutan dakwaan kaitan pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi.
Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) merumuskan,
operasi Arab Saudi itu dikaitkan langsung dengan beliau namun Rumah Putih
menepis tuduhan itu di tengah penafian keras daripada Riyadh. -AFP
Putera Mahkota Arab Saudi bakal lawat Malaysia
Reviewed by Faceless
on
17:34
Rating:
Reviewed by Faceless
on
17:34
Rating:

No comments: