KOTA KINABALU — Sebanyak 100,000 permohonan
menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari 25 kawasan Parlimen di
Sabah, kata Anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
Menurut beliau sehingga kini belum ada cawangan Bersatu
ditubuhkan di negeri ini.
Loading...
“Kami menjangkakan lebih ramai akan menyertai Bersatu
apabila parti itu mengembangkan sayapnya secara rasmi di negeri ini,” katanya
kepada Bernama di sini, hari ini.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini
mengumumkan kemasukan parti berkenaan ke Sabah.
Ronald merupakan antara lima Anggota Parlimen, sembilan
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan dua Senator di Sabah mengumumkan
keluar Umno pada 12 Disember tahun lepas.
Salah seorang Adun iaitu Datuk Musbah Jamil, mewakili Dewan
Undangan Negeri Tempasuk telah menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).
Ronald yakin dengan adanya Bersatu di Sabah akan memberi
pilihan politik kepada rakyat negeri ini. — Bernama
Bersatu terima 100,000 permohonan kembang sayap ke Sabah
Reviewed by Faceless
on
17:29
Rating:
Reviewed by Faceless
on
17:29
Rating:

No comments: