Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Islam hanya
membenarkan umatnya berbohong dalam perkara tertentu disebabkan faktor
keselamatan.
Menurutnya, seseorang Muslim tidak berdosa jika berbohong
dalam keadaan perang atau menyelamatkan orang daripada dizalimi.
Loading...
"Bohong ini memang agama tak suka. Agama ini (Islam)
bukan agama bohong, agama ini agama fakta. Tapi kalau bohong itu disebabkan keselamatan
tertentu maka orang boleh bohong.
"Bagaimanapun, bohong selepas mengambil duit, bohong di
manifesto tidak diterima dalam Islam," katanya ketika menjawab satu soalan
dalam rakaman kuliyah yang disiarkan di Facebooknya.
Walaupun soalan tersebut tidak merujuk mana-mana pihak,
beliau dipercayai mengulas isu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh
Nik Aziz yang mengakui berbohong berkenaan isu rakaman audio yang dikaitkan
dengannya.
Dalam rakaman itu, Nik Abduh mengaku menerima dana daripada
Umno tetapi dinafikannya sebelum ini.
Menurut Nik Abduh,
dalam soal menjaga kerahsiaan parti perkara itu juga pernah diamalkan bapanya,
allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika memimpin PAS.
Baca: Nik Abduh pertahan diri - 'ayah pun pernah bohong'
Selain itu, Mohd Asri juga dipercayai merujuk kepada parti
politik yang gagal mengotakan janji seperti terkandung dalam manifesto pilihan
raya mereka sebelum pilihan raya umum ke-14 lalu.
"Nabi (Muhammad) kata bercakap benar itu bawa ke
kebaikan. Kebaikan bawa pada syurga.
"Sesungguhnya, bohong membawa kepada kejahatan.
Sesungguhnya, kejahatan membawa ke neraka. Sekiranya satu orang itu suka cakap
bohong sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai pembohong. Sebab itu jaga,
jangan sampai ditulis pembohong di sisi Allah," tegasnya. - Malaysiakini
Bohong ambil duit, manifesto tak diterima dalam Islam, kata Dr Maza
Reviewed by Faceless
on
22:55
Rating:
Reviewed by Faceless
on
22:55
Rating:

No comments: