Pas akan berdiri teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad jika berlaku pengkhianatan dalam pentadbiran kerajaan
Pakatan Harapan (PH).
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata Pas
komited dalam mempertahankan agama, negara dan bangsa dari sebarang bentuk
ancaman.
Loading...
Menurut Takiyuddin, bagi tujuan itu, Pas mengemukakan surat
perakuan bertulis kepada Dr Mahathir selaku Pengerusi Bersatu dalam pertemuan
yang berlangsung Di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
“Yang berhormat Tok Guru presiden kita dan juga Pas sendiri,
seolah-olah kita menghidu sesuatu yang mungkin (terjadi) dalam kerajaan kita ni
sehingga Tun sendiri mengeluarkan kenyataa jika ada parti komponen PH melakukan
pengkhiatan kepada negara, beliau akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
“Jadi kami melihat ini sesuatu yang merbahaya kepada negara.
Oleh sebab itulah kita menyatakan sokongan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Jawatankuasa
Harian Pas Pusat yang dipengerusikan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang
di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) di Marang, petang Ahad.
Menurut Takiyuddin, perakuan bertulis itu adalah tanda
sokongan Pas terhadap kepimpinan Dr Mahathir atas dasar menjaga kepentingan
agama, negara dan bangsa sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tun mahathir sebelum ini membuat kenyataan bahawa akan
mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana parti komponen PH yang
melakukan pengkhianatan kepada negara.
Pas akan sokong Tun M jika berlaku pengkhianatan dalam PH, kata Takiyuddin
Reviewed by Me
on
16:05
Rating:
No comments: