Pas didakwa berbohong berhubung isu pengkhianatan dalam
Pakatan Harapan (PH) terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar
Ibrahim berkata, tindakan tersebut hanya dilakukan Pas bagi mengelakkan isu
siasatan dana RM90 juta yang diperoleh dari 1Malaysia Development Berhad
(1MDB).
Katanya, perkara tersebut tidak berbangkit dan dibincangkan
secara dalaman antara parti dalam PH.
Loading...
"Ini hanya naratif Pas dan apa lagi modal parti itu
untuk mengelakkan fokus rakyat tentang RM90 juta itu.
"Pas pernah sebut, bohong untuk selamatkan parti
boleh," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas
menyampaikan ucaptama Syarahan Darul Ehsan bertajuk Ke arah Pendidikan
Bersepadu dalam Era Malaysia Baharu di Universiti Selangor (Unisel) hari ini, seperti dilapor Kosmo Online.
Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan
dipetik berkata, surat perakuan bertulis berbentuk contoh yang diserahkan Pas
kepada Mahathir adalah untuk menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Pengerusi
Bersatu itu jika berlaku pengkhianatan daripada mana-mana parti komponen PH.
Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson menegaskan
tiada keperluan kepadanya untuk berbincang isu itu kepada Mahatir kecuali
Pengerusi PH itu membangkitkannya.
"Saya tidak layan (kenyataan Pas itu) perkara ini tidak
pernah berbangkit dalam parti-parti PH.
"Kalau Pas, mereka boleh dihalalkan berbohong, jadi
tidak tahu pendirian (Pas itu) itu berbohong atau betul. Saya tidak tahu dan
kena tanya Pas," katanya.
Pas didakwa berbohong isu pengkhianatan dalam PH - Anwar
Reviewed by Me
on
23:13
Rating:
No comments: