Tindakan beberapa wakil rakyat Umno
menyertai Pakatan Rakyat (PH) bukan bermakna mereka suci daripada kesalahan
lalu, kata Datuk Seri Mujahid Yusof.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata mereka
perlu memikul tanggungjawab atas kesalahan mereka walau sudah menyertai PH,
lapor Utusan Online.
Loading...
“Mereka kena faham masuk PH, akan bersih dan tiada masalah,
tiba-tiba jadi malaikat, benda ini tidak boleh berlaku menerusi kemasukan
mereka ini,” katanya.
Memberi contoh, Mujahid berkata isu kahwin mangsa rogol yang
dicadang ahli parlimen Tasik Gelugor tidak “hilang” walau Datuk Shahbudin
Yahaya menyertai PH.
Namun, menteri di Jabatan Perdana Menteri yakin Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuat penelitian sebelum membenarkan mereka
menyertai parti itu.
Pemimpin Umno masuk PH tidak jadi 'malaikat', tetap kena pikul salah lama kata Mujahid
Reviewed by Faceless
on
04:32
Rating:
Reviewed by Faceless
on
04:32
Rating:

No comments: