Sifat dermawan serta keprihatinan terhadap anak-anak
istimewa oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta isterinya, Tun Dr
Siti Hasmah Mohd Ali tidak dapat dinafikan lagi apabila mereka tidak pernah
berhenti amalan menderma sehingga kini.
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Pengerusi Tasputra,
Elahe Norman yang juga merupakan warganegara Iran sudah mendapat kerakyatan
Malaysia.
Loading...
Kata Elahe, pihaknya sungguh terhutang budi dengan pasangan
suami isteri tersohor itu yang tidak pernah lupa dengan komitmen peribadi dalam
membantu pusat asuhan itu terus beroperasi menggunakan dana daripada orang
awam.
“Tasputra bersyukur dan terhutang budi kerana Tun Mahathir
dan Tun Dr Siti Hasmah tidak pernah lupa untuk bukan sahaja membantu kami dalam
pelbagai aspek tetapi komitmen peribadi dengan mendermakan RM300 terus menjadi
amalan mereka tiap-tiap bulan.
“Kami sangat terhutang budi dan berterima kasih sehingga
kini,” katanya dalam ucapan ketika majlis perasmian Tasputra Perkim di Jalan
Ampang yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan
Ismail hari ini.
Elahe juga tidak melupakan para penderma lain yang bukan
sahaja warga tempatan sebaliknya rata-rata mereka terdiri daripada golongan
komuniti diplomatik kedutaan dari pelbagai negara sehingga kini telah membantu
sehingga jutaan ringgit.
Tasputra Perkim yang sudah bertapak sejak tahun 1987 dan
diasaskan olej Muna Othman ini sebenarnya merupakan asuhan harian yang dibuka
setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 7.30 pagi hingga 5 petang itu
menghidap penyakit genetik memerlukan penjagaan rapi serta komitmen tidak
berbelah bahagi.
Tidak seperti pusat jagaan harian lain, Tasputra bukan
sekadar memberikan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak istimewa, malah
menyediakan pelbagai jenis terapi yang dilakukan oleh ahli fisioterapi yang
terlatih.
Jelas Elahe lagi, walaupun pihaknya mengenakan yuran antara
RM500 hingga RM700 sebulan namun ada juga kanak-kanak tidak dikenakan sebarang
caj kerana kekekangan kewangan dihadapi oleh ibu bapa mereka.
“Sudah tentu kita tidak mampu dan tidak akan menggalakan
sebarang penyertaan secara percuma, namun ada juga kes yang kita tidak mampu
tolak. Nasib kita ada pelbagai pihak serta dermawan yang banyak membantu kita
dari masa ke semasa.
“Malah International School Kuala Lumpur (ISKL) telah
membelanjakan sebanyak RM2 juta untuk bina pusat asuhan harian ini dengan
pelbagai kemudahan untuk anak-anak istimewa yang kita ada. Sukar untuk saya
gambarkan bagaimana terhutang budi kita kepada semua pihak ini.
“Kita memerlukan hampir RM60,000 setiap bulan bagi tujuan
operasi pusat ini, hanya dengan bantuan serta dana diberikan oleh orang
perseorangan serta kumpulan sebenarnya terus memberikan sinar harapan kepada
anak-anak istimewa hidup dengan lebih baik daripada terus menderita,” ujarnya.
Dalam pada itu, Wan Azizah juga turut melahirkan rasa
gembira beliau dengan komitmen serta murah hati yang ditonjolkan oleh rata-rata
hadirin yang membantu membangunkan Tasputra selain daripada menyeru lebih ramai
pihak tampil terus membantu.
Kanak-kanak yang dihantar ke sini menjalani rawatan
fisioterapi dan terapi cara kerja bagi mengajar mereka kemahiran asas harian
supaya boleh berdikari kelak.
Pusat ini juga menyediakan terapi aroma, terapi akua,
hippotherapy, terapi urut, terapi muzik, snoezelen dan terapi pertuturan bagi
membantu mereka menjalani kehidupan lebih baik.
Dengan menawarkan pelbagai jenis terapi, kakitangan di situ
dapat mengesan potensi dalam diri kanak-kanak istimewa berkenaan.
Bayangkan jika Tasputra dikomersialkan, berapa kos yang
perlu ditanggung oleh ibu bapa bagi membolehkan anak-anak istimewa mereka
mendapatkan terapi sedemikian.
Dengan usaha keras yang telah dicurahkan selama 30 itu,
Elahe berharap ibu bapa dapat memahami betapa pentingnya pendidikan dan
penjagaan rapi buat anak-anak istimewa mereka.
Ketika ini, Tasputra memiliki 39 kanak-kanak pelbagai kaum
dan latarbelakang dengan 27 orang kakitangan berkemahiran bagi menjaga
keperluan serta kehendak anak-anak istimewa ini.
Sumber: Malaysia Gazette
Tun Mahathir dan isteri derma RM300 sebulan kepada tadika OKU sejak 30 tahun lepas
Reviewed by Faceless
on
16:52
Rating:
Reviewed by Faceless
on
16:52
Rating:

No comments: