Dua laporan polis berkaitan insiden melibatkan Ketua Pemuda
Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman setelah berlangsung penamaan calon bagi
Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih semalam, disiasat di bawah Seksyen 353 dan
Seksyen 147/323 Kanun Keseksaan.
Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Kajang ACP Ahmad Dzaffir
Mohd Yusoff berkata polis menerima dua laporan tersebut daripada anggota
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kajang.
Loading...
“Kertas siasatan dibuka susulan insiden Menteri Belia dan
Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang mendakwa dikasari dan diugut blogger
kontroversi Papagomo.
“Laporan pertama disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun
Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam
daripada menjalankan kewajipannya dan pengadu mendakwa telah dikasari dan
dipukul dari arah belakang ketika melindungi YB Menteri.
“Manakala laporan kedua telah diterima daripada pengadu
iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Menteri Belia dan Sukan) yang dibuat di
Balai Polis Sg Way Petaling Jaya yang disiasat di bawah Seksyen 147/323 Kanun
Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan merusuh,” katanya
dalam kenyataan itu.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat tentang
insiden berkenaan diminta memberikan maklumat dengan berhubung kepada Pegawai
Penyiasat Kes iaitu ASP Radzee B Jamudi di talian 0196655811 dan Insp Sallena
di talian 0176424007.
Berikutan insiden tersebut Syed Saddiq telah membuat laporan
polis di Balai Polis Sungai Way, petang tadi.
Klip video yang tular di media sosial memaparkan Syed Saddiq
dikerumuni penyokong parti pembangkang sewaktu dalam perjalanan menuju ke
keretanya selepas selesai proses penamaan calon bagi PRK Semenyih.
Video berdurasi 22 saat itu menunjukkan Syed Saddiq diiringi
oleh anggota polis serta anggota Unit Amal PAS sambil dikejar sekumpulan
lelaki.
- Bernama
Polis siasat dakwaan Syed Saddiq diugut Papagomo
Reviewed by Faceless
on
18:45
Rating:

No comments: