Universiti Nottingham mengesahkan bekas perdana menteri
Datuk Seri Najib Razak seorang lulusan bidang ekonomi perindustrian pada
pertengahan 1970-an.
Universiti dari United Kingdom itu menjawab pertanyaan Malay
Mail untuk mengesahkan kelayakan akademiknya setelah dipertikai oleh seorang
wakil rakyat DAP semalam.
Loading...
“Rekod Universiti Nottingham mengesahkan Mohammed N. Razak
tamat pengajian dengan [kepujian] BA Hons dalam ekonomi perindustrian pada
tahun 1974,” kata jurucakapnya malam tadi, lapor Projek MM.
Semalam, Chong Zhemin mempertikai kelayakan Najib dengan
mendakwa bekas presiden Umno tidak menamatkan pengajiannya dan menuntut rekod
akademiknya didedahkan kepada umum.
Namun, Najib yang berada di Mahkamah Rayuan di Putrajaya
semalam menjawab pertanyaan media dengan ringkas: “Sudah tentu ijazah saya
adalah sah.”
Malay Mail menyemak laman web universiti itu, cawangan
Malaysia, yang memaparkan senarai “graduan Malaysia yang terkenal” tetapi nama
Najib tidak disenaraikan.
Sebelumnya nama perdana menteri disenaraikan di laman web
tersebut, bersama beberapa lagi orang kenamaan dan tokoh. Tidak pasti bila atau
kenapa namanya sudah dibuang.
Universiti Nottingham sahkan kelulusan Najib, tapi...
Reviewed by Faceless
on
22:42
Rating:
Reviewed by Faceless
on
22:42
Rating:

No comments: